Senarai Harga Terkini

Bank negara nafi keluar memo pinjaman kereta

SHAH ALAM – Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan telah mengarahkan bank-bank mengurangkan tempoh bayaran balik bagi pinjaman kereta untuk tempoh maksimum tujuh tahun.

Selain itu, BNM turut menafikan arahan untuk meningkatkan nilai wang pendahuluan 20 peratus daripada 10 peratus.

Laporan Bisnes Times dipetik, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin yang tidak disahkan itu.

“Kami telah tidak pernah memberikan apa-apa arahan kepada mana-mana bank.

“Terma pembiayaan semasa dan syarat-syarat tempoh pembiayaan maksimum adalah tidak lebih daripada sembilan tahun di bawah Garis Panduan Pemberian Pinjaman juga masih tidak berubah,” kata jurucakap BNM.

Sebelum ini, laporan di media-media sosial dan blog mendakwa bank-bank telah dikeluarkan memo untuk mengurangkan tempoh pembiayaan dan pendahuluan untuk pembelian kereta baru berkuatkuasa September.

Sumber : Sinar Harian

(1935) Views