Senarai Harga Terkini

Gambar Proton Iriz didedahkan secara rasmi!

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia!

PROTON-IRIZ

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-57, Proton secara rasmi telah mendedahkan foto lengkap model terbarunya Proton Compact Car (PCC) yang dikatakan bakal diberi nama Proton Iriz. Pendedahan ini dibuat di betulbetulonz.com.my iaitu laman khas untuk model ini.

Terdapat beberapa imej pengenalan yang terpapar di laman berkenaan termasuklah rekaan lampu utama yang menggunakan lensa projektor dan reflektor.

PROTON-IRIZ-TEASER-0001

Selain itu unit kepala skrin sesentuh turut dipaparkan dengan empat ikon iaitu Navigasi, Radio, Media dan Bluetooth. Kelihatan juga unit kepala skrin sesentuh itu juga bertindak sebagai paparan bagi kamera undur.

PROTON-IRIZ-TEASER-0006

Malah foto ruang dalaman daripada bahagian atasnya juga seperti menggambarkan ‘Proton Iriz‘ ini dilengkapi degan enam beg udara (kemungkinan besar untuk varian spesifikasi tertinggi). Menempatkan lima tempat duduk dan kelihatan tempat duduk belakang boleh dilipat secara 60:40. Selain itu, kelihatan tuil gearnya ditempatkan berhampiran dengan papan pemuka dan juga terdapat dua pemegang cawan serta tuil brek tangan.

PROTON-IRIZ-TEASER-0003

Kelihatan butang penghidup enjin juga dipaparkan pada foto ini, kemungkinan juga untuk varian spesifikasi tertinggi. Melalui sedikit paparan mengenai papan pemukanya, kelihatan penggunaan tekstur plastik pada bahagian tersebut.

PROTON-IRIZ-TEASER-0005

Bukan itu sahaja, Proton tetap mahu menerapkan aspek keselamatan yang berbaloi untuk model terbaharu keluarannya. Bagi ‘Proton Iriz‘ ini, ia turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC). Malah ia dikatakan telah menerima pengiktirafan lima bintang bagi ujian pelanggaran daripada ANCAP.

PROTON-IRIZ-TEASER-0002

Dibangunkan menerusi platform terkini Proton, model ini tampil dengan dua enjin terbaharu VVT iaitu 1.3 liter dan 1.6 liter yang dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api sebanyak 10 peratus berbanding dengan enjin Campro. Enjin ‘Proton Iriz‘ ini juga dikatakan mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 110hp dan tork 148Nm dan berupaya mencecah kelajuan maksimum sehingga 180km/j.

Proton Iriz‘ bakal didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium serta menampilkan dua pilihan transmisi iaitu manual dan automatik. Walau bagaimanapun harganya masih belum diumumkan lagi!

Nantikan update seterusnya daripada Proton! 😉

(4681) Views