Panduan ringkas memohon pinjaman kenderaan

panduan mohon loanAs salam..sedikit PANDUAN bagi anda yang ingin memiliki kenderan baru berdasarkan KELAYAKAN dan GAJI anda.Ramai orang yang tertanya tanya adakah mereka layak untuk memohon kenderaan baru jika masih baru BEKERJA,masih di bawah umur 23 tahun kebawah,masih baru memiliki lesen kenderaan,gaji yang tidak mencukupi, dan berbagai bagai soalan yg terlintas di fikiran.Adakah PARAS GAJI mereka sesuai dengan model yang dipilih,dan mungkin juga dokumen yang tidak mencukupi untuk membuat pinjaman kenderaan dengan pihak bank.

Kami di keretaproton.com boleh MENJELASKAN dengan mudah sebagai panduan untuk anda jika berhajat memiliki kenderaan sendiri.Kami faham, kadang kadang kita memilih MODEL kenderaan DAHULU sebelum memikirkan adakah kita layak memiliki model itu berdasarkan pendapatan bersih kita. Sebagai logiknya adakah gaji bersih anda rm1500 boleh memiliki kereta PREVE yang berharga RM72k?? sudah tentu susah bagi pihak bank kerana penilaian awal sahaja sudah tidak mencukupi syarat. Adakah logik jika anda brumur 23 tahun dan baru BEKERJA sebulan dan masih bujang tetapi anda ingin memohon kereta MPV seperti EXORA yang berharga RM82k?? sekali lagi kami di keretaproton.com bukan menjadi penghalang untuk anda memiliki kenderaan idaman anda.

Jika anda berhajat membeli sebuah kenderaan PROTON yang baru, beberapa perkara anda perlu ketahui terlebih dahulu. Pertama, sudah tentu Gaji KASAR dan Gaji Bersih anda mesti sesuai dengan MODEL PROTON yang anda pilih. Model yang anda pilih mesti sesuai dengan kegunaan anda.Sebagai contoh gaji anda RM2000 sebulan dan anda ingin memiliki kereta PROTON PERSONA dengan kadar bayaran sebulan RM550 sebulan selama 9 tahun. Formula yang mudah ialah RM550 x 3 =RM1650..jadi gaji anda RM2000 sebulan,.sudah tentu anda layak memohon dan memudahkan pihak bank memberi markah (scoring) dan meluluskan pinjaman ini. Untuk kes kes tertentu juga bank meminta penjamin untuk membantu permohonan anda. Jika pemohon pinjaman kenderaan masih berumur bawah 23 tahun, pihak bank juga memerlukan penjamin.Kadang kadang bank tidak meminta penjamin walaupun bawah 23 tahun tetapi scoring dari segi Jawatan anda, Syarikat anda bekerja dan kelayakan akademik anda membantu. Bank mungkin meminta dokumen tambahan seperti Surat tawaran kerja atau salinan akademik anda seperti diploma atau ijazah.

Ada kes kes tertentu bank tidak dapat memberi pinjaman atau mengurangkan pinjaman walaupun umur anda lebih dari 23 tahun, bergaji lebih dari RM1600 atau RM3500.Jangan lupa, pihak bank akan melihat rekod pembayaran anda (CCRIS) atau melihat CTOS anda..dan yang selalu di nilai oleh bank ialah komitment anda berdasarkan gaji dan berapa banyak jenis pinjaman yang anda buat dengan bank lain seperti pinjaman peribadi, kad kredit dan sebagainya.Pihak bank bukan ingin menyusahkan anda, tetapi inilah panduan yang mudah supaya anda mampu menguruskan kewangan anda nanti.

SEKALI lagi kami di keretaproton.com ingin membantu anda memiliki kenderaan IDAMAN anda. Bukan semua syarat atau panduan di atas adalah BETUL semuanya. Jadi kami lebih senang membantu anda jika anda boleh berTERUS TERANG dengan kami..anggaplah kami sebagai PENASIHAT ANDA, kami boleh meneliti dokumen tambahan yang di perlukan.Jika anda ada PENDAPATAN SAMPINGAN,pastikan ia boleh dibuktikan melalui DOKUMEN..sangat mudah!!.bincang dengan kami dari HATI ke HATI. Kami mahu anda GEMBIRA dengan kenderaan baru anda. Ya!! untuk kes kes tertentu, bank memerlukan dokumen tambahan dan Ya! dengan dokumen yang sedia ada pihak bank boleh meluluskan dengan MUDAH tanpa dokumen tambahan. Dengan kenderaan baru,ia memudahkan pergerakan anda,bekerja,bersosial,berkeluarga dan beribadah..ingat kami di www.keretaproton.com

Sekian, Anuar 0193272643.

(122482) Views