Senarai Harga Terkini

Proton Global Small Car (GSC) akan dilancarkan dalam masa terdekat?

protongsc

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia!

Dengan tersebarnya gambar-gambar spyshot di alam maya yang kemungkinannya model terbaru Proton tahun 2014 iaitu Proton GSC, admin KeretaProton.com terkena juga tempiasnya. Banyak pertanyaan yang kami terima untuk dapatkan pengesahan tentang kesahihan kereta Proton GSC tersebut. Kami di KeretaProton.com tidak dapat mengesahkan pelancaran kereta tersebut selagi belum ada pengumuman atau pelancaran secara rasmi! 😉

Walau bagaimanapun, penganjuran peraduan “Nama Siapa Hebat” oleh Proton boleh menjadi petunjuk awal tentang kereta kompak baru yang bakal dilancarkan! Cuma belum dapat dipastikan adakah model baru yang dimaksudkan benar-benar seperti gambar spyshot di bawah? Mungkin ya! :)

Jadi, sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi dari Proton apabila tiba masanya nanti. Yang pasti, sekiranya harga yang ditawarkan berpatutan, pasti ia akan menjadi persaingan buat kereta keluaran Perodua! dan semestinya akan menjadi produk ‘HOT’ di KeretaProton.com 😉

protongsc2

protongsc3

protongsc4

protongsc5

(2890) Views