Senarai Harga Terkini

Rakyat Malaysia ambil kurang 3 bulan beli kereta?

Logo3KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Kajian baru-baru ini mendedahkan pembeli kereta di Malaysia, Thailand dan Indonesia secara puratanya mengambil masa kurang dari tiga bulan untuk mula dan menyelesaikan pembelian kereta.

Rakyat Malaysia mengambil masa 2.4 bulan, pembeli kereta di Indonesia mengambil masa 1.9 bulan manakala di Thailand ia mengambil masa 2.8 bulan, demikian menurut kajian oleh Frost and Sullivan bagi pihak iCar Asia.

Proses membuat keputusan itu adalah berasaskan hakikat bahawa pembeli semakin bermaklumat dan diupayakan menerusi kajian dalam talian.

Kajian itu juga menunjukkan pada masa lepas, pembeli berpotensi akan membuat beberapa kunjungan ke bilik pameran, meneliti iklan media tradisi dan menerima nasihat daripada penjual.

Pengarah Kanan Pelanggan Frost & Sullivan Ravi Miglani dalam kenyataan Isnin berkata trend itu kini terbalik dengan ramai pembeli berpotensi mendapatkan maklumat menerusi dalam talian memandangkan ia menawarkan maklumat menyeluruh yang mungkin tidak disediakan penjual.

“Anjakan digital bukan sahaja dipacu semata-mata oleh mudah untuk digunakan, malah maklumatnya berkredibiliti dan lebih menyeluruh,” katanya.

Dalam kajian itu, 95 peratus responden rakyat Malaysia berkata mereka membuat kajian secara dalam talian sebelum memberi kereta, 89 peratus melayari sumber dalam talian pada purata enam kali sebelum menemui penjual, selain lebih ramai pembeli kereta melayari laman web tidak rasmi (89 peratus) berbanding laman web pengeluar rasmi kereta (83 peratus).

Sumber : BERNAMA

(1749) Views